Baru from Sadrina Ina
Tuesday, 13 November 2012
Monday, 12 November 2012
-
KATA NAMA
- Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
- dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
- a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
- b) Kata Nama Khas
- c) Kata Ganti Nama
- d) Kata Nama Terbitan
- e) Kata bilangan
-
Nama Betul
- 1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
- Nama Am
- 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
- Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
-
Manusia , orangayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dllbinatangayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dlltumbuh- tumbuhanpokok, betik, rumput, lalang dllbendapasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dlltempatpejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll - 3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
- (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
- (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
- 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
- 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
- buai - buaian
- tua - ketua
- raja - kerajaan
- tahu - pengetahuan
- Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
- Contoh:
-
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.Pada akhir ayatGajah itu berbadan besar.Pada awal ayat - Kata Nama Khas
- 1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
- 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
- Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
- Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
- a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
- b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
- c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
- d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
- Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
-
manusiaZaidi, Mei Fong, SubramaniambinatangTompok (kucing), Jalak (ayam)tempatMuar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)bangunanPudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)judul bukuKeluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)bendaProton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) - Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
-
KegunaanKata Nama AmKata Nama KhasBendabangunan kereta buku sekolahBangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. DarauOrangdoktor kerani guru budak lelakiDoktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad FauziBinatangkucing lembu katak ayam burungSi Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung MuraiTempatnegeri bandar kampung tasekTerengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek PerdanaTumbuhanpisang cili jambu limauPisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi - Kata nama Terbitan
- Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
- Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
- di awal kata ( awalan )
- di akhir kata ( akhiran )
- di awal dan di akhir kata ( apitan )
- Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
-
- di awal kata
- pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
- di akhir kata
- -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
- di awal dan di akhir kata
- per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an
- Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
-
kelas katakata dasarkata terbitankata kerjaperaga latih bawa lawanperagawati latihan pembawaan perlawanankata sendioleh untukperolehan peruntukankata namalombong rumah guruperlonbongan perumahan perguruankata adjektifcantik besar tinggikecantikan pembesar ketinggian
Senario : Adik-adik
Mari oh adik-adik mari belajar
Kalau rajin usaha tentu berjaya
Buku yang adik ada baca sama-sama
Ibu bapa tersenyum gembira.
Janganlah adik leka di masa muda
Bila dah besar nanti akan kecewa
Kawan-kawan berjaya adik tak ke mana
Ibu bapa merasa kecewa.
Kita tulis oh ya ya ya
Kita baca oh ya ya ya
Cikgu ajar kita dengar sama-sama
Jangan tidur oh ya ya ya
Harus sedia oh ya ya ya
Baru betul kalau kita nak berjaya
Ada masa gembira tapi jangan lupa
Bila tiba waktunya lakukan segera
Bukan saja dunia di akhirat juga
Jangan sampai kita semua lupa
Ingatlah kawan-kawan semua pesanan
Jadikanlah panduan juga tauladan
Untuk kita gunakan di masa hadapan
Agar hidup kita kan sempurna.
So Do Mi Re A B C D
So Re Fa Mi D E F G
Cikgu ajar kita dengar sama-sama
Cuba bilang satu dua tiga empat lima enam
Siapa cepat sudah tentu dia dapat
Ingatlah kawan-kawan semua pesanan
Jadikanlah panduan juga tauladan
Untuk kita gunakan di masa hadapan
Agar hidup kita kan sempurna.
Kita tulis oh ya ya ya
Kita baca oh ya ya ya
Cikgu ajar kita dengar sama-sama
Ibu bapa pasti akan rasa gembira
Jikalau kita semua Berjaya
Hoorey!
Mari oh adik-adik mari belajar
Kalau rajin usaha tentu berjaya
Buku yang adik ada baca sama-sama
Ibu bapa tersenyum gembira.
Janganlah adik leka di masa muda
Bila dah besar nanti akan kecewa
Kawan-kawan berjaya adik tak ke mana
Ibu bapa merasa kecewa.
Kita tulis oh ya ya ya
Kita baca oh ya ya ya
Cikgu ajar kita dengar sama-sama
Jangan tidur oh ya ya ya
Harus sedia oh ya ya ya
Baru betul kalau kita nak berjaya
Ada masa gembira tapi jangan lupa
Bila tiba waktunya lakukan segera
Bukan saja dunia di akhirat juga
Jangan sampai kita semua lupa
Ingatlah kawan-kawan semua pesanan
Jadikanlah panduan juga tauladan
Untuk kita gunakan di masa hadapan
Agar hidup kita kan sempurna.
So Do Mi Re A B C D
So Re Fa Mi D E F G
Cikgu ajar kita dengar sama-sama
Cuba bilang satu dua tiga empat lima enam
Siapa cepat sudah tentu dia dapat
Ingatlah kawan-kawan semua pesanan
Jadikanlah panduan juga tauladan
Untuk kita gunakan di masa hadapan
Agar hidup kita kan sempurna.
Kita tulis oh ya ya ya
Kita baca oh ya ya ya
Cikgu ajar kita dengar sama-sama
Ibu bapa pasti akan rasa gembira
Jikalau kita semua Berjaya
Hoorey!
Subscribe to:
Posts (Atom)

