Monday, 24 December 2012
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Latihan kata kerja…
1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih B mengeluh C mengenang D mengerang
2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat B menggeletar C menggelupur D menggelepar
3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang B dibuang C dihalau D ditindas
4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk B mengetuk C memukul D memalu
5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit B melenyek C memerah D menindih
6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut B menyambar C merampas D mengambil
7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan B menjalankan C mengadakan D melahirkan
8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah B terpisah C terpecah D terbahagi
9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A melulur B meneguk C mengunyah D menghisap
10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang B menimbang C melaksana D melihat
11 Lilian ....buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
A memberikan B menyerahkan
C memulangkan D menghulurkan
12 Peniaga itu ......keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
A meraih B mencapai
C mengumpul D mengais
13 Mulut adik .....semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
A tertutup B tersengih C terlopong D terkatup
14 Fauzan .....kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A menunggu B menyambut C mengajak D menanti
15 Banduan itu terpaksa .....di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap B menginap C meringkuk D menumpang
16 Syarikat Tonggak Maju mampu.....projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
A menganjurkan B melaksanakan C meningkatkan D mengadakan
17 Adik .....kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.
A terjatuh B tertimpa C terhantuk D terhempas
18 Elina .....perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
A melekatkan B menampalkan C mencantumkan D meletakkan
19 Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ......sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
A melepasi B melangkahi C mengharungi D menyeberangi
20 Lidahnya melecur kerana .....air yang masih panas itu.
A terhisap B tertelan C tersedut D terhirup
21 Bekalan air di kawasan kami sering___________ .
A terkandas B terganggu C terpotong D terhalang
22 Chong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.
A mendengkur B mendepang C menggeliat D menganga
23 Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh
guru kelas mereka yang __________ hati.
A menggeletek B menyentuh C menggores D mencuit
24 Setelah menanak nasi, ibu ________ ikan senangin untuk dimasak kari.
A menghiris B menyiang C mencincang D menyiat
25 Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.
A terpijak B terpegang C tersentuh D terlangkah
26Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.
A mendenda B memarahi C menyaman D menasihati
27Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
A menjamah B menyuap C mencubit D menelan
28 Penunggang motosikal itu telah _________ rantai leher wanita itu.
A menyinggung B menyambar C merenggut D merampas
29 Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu
sebelum diserahkan kepada beliau.
A diumumkan B dinyatakan
C dibahaskan D dibincangkan
30 Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
A membalingkan B melemparkan
C menebarkan D mencampakkan
31 Puan Sarifah _____air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.
A merenjis B menyiram C menyimbah D menuangkan
32 Laksamana Hang Tuah ________perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris.
A menjolok B mencocok C mencucuk D merodok
33 Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.
A bersila B berlunjur C bersimpuh D bertinggung
34 Cucu Pak Leman _____________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu.
A memicit-micit B menekan-nekan
C menepuk-nepuk D menggenggam-genggam
35 Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
A membimbing B memandu C mengajar D mengawasi
36 Puan Leong ________kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.
A menceritakan B mengadu C meracau D meleter
37 Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir.
A mengikis B mengikir C mengasah D mengilat
38 Hati Puteri Nur Ashikin _____apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.
A terdiam B tercalar C tersayat D tersentuh
39 Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _________keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
A memiliki B mendapati C mempunyai D memperoleh
40 Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya.
A melekat B menyisip C membubuh D menyangkut
41Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa __________ pakaian yang kemas dan berjenama untuk __________ imejnya
A melaram ... mengekalkan B menyarung ... melonjakkan
C memakai ... menghangatkan D menampilkan ... menaikkan
42 Kak Wan mengeluarkan pai ayam yang telah _________ nya dari ketuhar.
A dibakar B disalai C didiang D dikukus
43 Normila menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang __________ di atas tilam.
A merayap B menjalar C memanjat D menyelinap
44Jabatan Meteorologi ___________ bahawa hujan lebat akan melanda
kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
A memaklumkan B memberitahu C meramalkan D melaporkan
45Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
A berebut B bersaing C berjuang D berlawan
46Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ______ itu.
A terhenti B terbantut
C terkandas D terbengkalai
47 Hafizi __________ badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak.
A menggeletek B menggeletar C menggelepar D menggeliat
48 Adunan gula dan mentega itu __________ setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik.
A mengembang B menguncup C menebal D menipis
49 Cikgu memarahinya kerana ____________ dinding tandas itu.
A menconteng B mengelap C menyapu D mencalit
50Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti ___________ sotong sebagai salah
satu aktiviti yang dapat menarik pelancong asing.
A menjala B memukat C mencandat D memancing
Latihan kata kerja…
1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih B mengeluh C mengenang D mengerang
2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat B menggeletar C menggelupur D menggelepar
3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang B dibuang C dihalau D ditindas
4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk B mengetuk C memukul D memalu
5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit B melenyek C memerah D menindih
6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut B menyambar C merampas D mengambil
7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan B menjalankan C mengadakan D melahirkan
8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah B terpisah C terpecah D terbahagi
9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A melulur B meneguk C mengunyah D menghisap
10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang B menimbang C melaksana D melihat
11 Lilian ....buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
A memberikan B menyerahkan
C memulangkan D menghulurkan
12 Peniaga itu ......keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
A meraih B mencapai
C mengumpul D mengais
13 Mulut adik .....semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
A tertutup B tersengih C terlopong D terkatup
14 Fauzan .....kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A menunggu B menyambut C mengajak D menanti
15 Banduan itu terpaksa .....di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap B menginap C meringkuk D menumpang
16 Syarikat Tonggak Maju mampu.....projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
A menganjurkan B melaksanakan C meningkatkan D mengadakan
17 Adik .....kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.
A terjatuh B tertimpa C terhantuk D terhempas
18 Elina .....perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
A melekatkan B menampalkan C mencantumkan D meletakkan
19 Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ......sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
A melepasi B melangkahi C mengharungi D menyeberangi
20 Lidahnya melecur kerana .....air yang masih panas itu.
A terhisap B tertelan C tersedut D terhirup
21 Bekalan air di kawasan kami sering___________ .
A terkandas B terganggu C terpotong D terhalang
22 Chong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.
A mendengkur B mendepang C menggeliat D menganga
23 Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh
guru kelas mereka yang __________ hati.
A menggeletek B menyentuh C menggores D mencuit
24 Setelah menanak nasi, ibu ________ ikan senangin untuk dimasak kari.
A menghiris B menyiang C mencincang D menyiat
25 Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.
A terpijak B terpegang C tersentuh D terlangkah
26Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.
A mendenda B memarahi C menyaman D menasihati
27Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
A menjamah B menyuap C mencubit D menelan
28 Penunggang motosikal itu telah _________ rantai leher wanita itu.
A menyinggung B menyambar C merenggut D merampas
29 Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu
sebelum diserahkan kepada beliau.
A diumumkan B dinyatakan
C dibahaskan D dibincangkan
30 Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
A membalingkan B melemparkan
C menebarkan D mencampakkan
31 Puan Sarifah _____air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.
A merenjis B menyiram C menyimbah D menuangkan
32 Laksamana Hang Tuah ________perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris.
A menjolok B mencocok C mencucuk D merodok
33 Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.
A bersila B berlunjur C bersimpuh D bertinggung
34 Cucu Pak Leman _____________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu.
A memicit-micit B menekan-nekan
C menepuk-nepuk D menggenggam-genggam
35 Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
A membimbing B memandu C mengajar D mengawasi
36 Puan Leong ________kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.
A menceritakan B mengadu C meracau D meleter
37 Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir.
A mengikis B mengikir C mengasah D mengilat
38 Hati Puteri Nur Ashikin _____apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.
A terdiam B tercalar C tersayat D tersentuh
39 Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _________keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
A memiliki B mendapati C mempunyai D memperoleh
40 Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya.
A melekat B menyisip C membubuh D menyangkut
41Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa __________ pakaian yang kemas dan berjenama untuk __________ imejnya
A melaram ... mengekalkan B menyarung ... melonjakkan
C memakai ... menghangatkan D menampilkan ... menaikkan
42 Kak Wan mengeluarkan pai ayam yang telah _________ nya dari ketuhar.
A dibakar B disalai C didiang D dikukus
43 Normila menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang __________ di atas tilam.
A merayap B menjalar C memanjat D menyelinap
44Jabatan Meteorologi ___________ bahawa hujan lebat akan melanda
kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
A memaklumkan B memberitahu C meramalkan D melaporkan
45Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
A berebut B bersaing C berjuang D berlawan
46Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ______ itu.
A terhenti B terbantut
C terkandas D terbengkalai
47 Hafizi __________ badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak.
A menggeletek B menggeletar C menggelepar D menggeliat
48 Adunan gula dan mentega itu __________ setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik.
A mengembang B menguncup C menebal D menipis
49 Cikgu memarahinya kerana ____________ dinding tandas itu.
A menconteng B mengelap C menyapu D mencalit
50Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti ___________ sotong sebagai salah
satu aktiviti yang dapat menarik pelancong asing.
A menjala B memukat C mencandat D memancing
Tuesday, 11 December 2012
Ayahanda Tercinta
Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
Sajak Untuk Ibu
Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...
Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...
Guru
Diwaktu hati mu retak
Matamu menceritakan duka
Terkumpul dalam sebuah nestapa
Betapa payah menghulurkan madah
Terkadang ada nista yang menerjah
Pawana hati mu tetap tegar
Memahatkan ilmu tanpa sempadan
Suaramu kaku, namun semangatmu bak srikandi
Langkahmu longlai pun hasratmu tidak pernah pudar
Pada kanvas kehidupan yang penuh pancoraba
Kau pahatkan tekad
Buat bekalan generasi mudamu
Kau tinggalkan satu firasat
Dalam duka yang tidak pudar
Untuk sebuah harapan
Buat anak bangsamu
Kerana itu yg telah diamanahkan
Panduan Karangan (Penulisan ) Sekolah Rendah
Posted in |
at
7:03 PTG
Di sini saya ingin kongsikan email yang diterima oleh saya daripada
seseorang yang menceritakan pengalaman beliau mengajar karangan di
sekolah rendah untuk panduan guru-guru sekelian:Oleh Mohd Isa Abd Razak
Seorang guru Bahasa Melayu baru bertukar ke sekolah baharu. Dia berhadapan dengan beberapa orang murid tahun lima yang masih belum mampu menghasilkan karangan yang baik. Walaupun masa untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hampir dua tahun lagi, guru itu tetap risau akan keadaan murid-muridnya. Dia mahu membantu murid-murid itu mulai awal tahun ini juga. Dia meminta pandangan saya.
Langkah pertama yang perlu cikgu lakukan ialah meneliti profil murid. Kenali setiap murid dari pelbagai sudut, khususnya prestasi pembelajaran mereka. Kemudian, berbincanglah dengan guru yang mengajarkan karangan kepada mereka pada tahun-tahun sebelumnya. Cikgu mungkin memperoleh banyak maklumat daripada guru-guru yang berkenaan.
Selain itu, adakan juga perbincangan dengan murid-murid agar cikgu dapat meneroka kekangan yang mereka hadapi daripada mulut mereka sendiri. Setelah itu dan setelah melakukan beberapa tindakan yang lain, barulah cikgu dapat melakukan tindakan pembetulan dan penambahbaikan. Tegasnya, penyelesaian masalah hendaklah berdasarkan dapatan penyelidikan dan analisis data.
Dari segi pedagogi, sebelum mengarang murid mesti menguasai aspek tulisan mekanis . Aspek itu ialah kemahiran menulis huruf, suku kata dan perkataan. Hal ini dapat dilihat dari berbagai-bagai sudut. Antaranya termasuklah ketepatan bentuk, jarak, tekanan, kecondongan, kekemasan dan kepantasan. Aspek mekanis yang lain ialah kemahiran menggunakan huruf kecil, huruf besar dan tanda baca.
Cikgu sedia maklum bahawa antara tugas guru Bahasa Melayu termasuklah mengendalikan pemulihan ringan, iaitu pemulihan dalam bilik darjah biasa. Dapatan penyelidikan dan analisis data pasti membantu cikgu membuat keputusan sama ada murid-murid itu masih perlu menjalani pemulihan tulisan mekanis atau tidak.
Aspek penguasaan ejaan dan kosa kata amat penting. Jikalau kita mengabaikan aspek ini, karangan murid mungkin kurang bermutu atau "buruk" seperti karangan tentang "datuk saya" yang menjadi bahan lelucon dalam Facebook. Sayang, masyarakat kita lebih berminat menjadikan kelemahan orang sebagai bahan lelucon dan bukannya bahan analisis untuk melakukan pembetulan dan penambahbaikan. Saya yakin, cikgu tidak tergolong dalam kategori orang awam itu. Analisislah karangan murid-murid cikgu. Kemudian, rancang dan laksanakanlah aktiviti yang membolehkan murid-murid itu mengatasi kelemahan mereka dari segi ejaan dan kosa kata.
Guru yang baik mengadakan berbagai-bagai aktiviti untuk membantu murid menguasai ejaan dan kosa kata. Antaranya, mereka mengadakan aktiviti imlak dengan cara yang menyeronokkan seperti menyalin pengumuman, lirik lagu dan resipi. Teknik permainan bahasa seperti teka silang kata dan sahiba juga memungkinkan murid meningkatkan kemahiran mengeja dan menambah kosa kata. Gunakan teknik ini dan teknik lain agar asas untuk murid-murid cikgu itu menghasilkan karangan yang baik bertambah kukuh.
Karangan ialah gubahan fikiran yang terjelma secara lisan atau tulisan. Amat malang jikalau murid membawa kebiasaan lisan (terutamanya dalam situasi tidak formal) dalam penulisan mereka. Perkara ini sudah berlaku dan kelihatannya masih terus berlaku. Saya berharap kita bersama-sama menjadi benteng agar perkara ini tidak terus berlaku. Ada kumpulan teladan di alam nyata dan dalam interaksi maya yang dapat kita contohi. Sebagai guru atau mantan guru Bahasa Melayu, kita wajar menyertai kumpulan contoh itu. Kita bersama-sama dengan mereka menggunakan bahasa Melayu baku, sopan dan indah dalam pelbagai ranah komunikasi. Insya-Allah, murid-murid kita akan mencontohi kita dan hasilnya akan terpancar dalam karangan mereka.
Sekali lagi, karangan ialah gubahan fikiran. Gubahan fikiran yang ringkas ialah satu perkataan. Guru yang baik mengajarkan karangan secara bertatatingkat, iaitu menulis perkataan, frasa, satu ayat, beberapa ayat dan seterusnya beberapa perenggan. Maka wujudlah beberapa teknik. Antaranya termasuklah karangan berpandu, karangan terkawal dan mengarang secara bebas. Setiap teknik ini ada subtekniknya yang tersendiri. Mereka yang bergelar guru Bahasa Melayu di sekolah rendah mengetahui teknik ini dan berkemahiran mengendalikannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi, gunakanlah teknik yang bersesuaian dengan murid-murid cikgu.
Inilah pandangan saya secara umum dan ringkas tentang penulisan karangan di sekolah rendah. Adapun pandangan dan dorongan mendalam serta latihan, wajarlah diperoleh melalui pembacaan, bengkel, kursus dan sebagainya.
~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah
Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur
Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah
Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur
Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Friday, 7 December 2012
KESALAHAN BAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MAJMUK-Siti Sabariah bt Kasmiran [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]
Abstrak
Isu kesalahan berbahasa tiada kesudahannya. Banyak persoalan berhubung kait terutama dalam konteks negara bangsa yang pelbagai latar belakang, kebudayaan, bahasa dan agama. Usaha untuk memupuk perpaduan diterapkan terutamanya dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi utama. Namun di sebalik usaha yang dijalankan, wujud isu lain yang perlu diambil perhatian iaitu masalah berbahasa dalam kalangan Masyarakat Malaysia. Objektif kajian untuk membincangkan kesalahan bahasa, menghurai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan bahasa dan mengenal pasti cara mengatasi masalah tersebut. Masyarakat majmuk di negara ini menjadi rujukan utama kajian. Oleh itu, kaedah pemerhatian dan pembacaan bahan ilmiah digunakan. Walaupun fenomena masalah yang dikaji amat luas tetapi kajian hanya tertumpu kepada kesalahan bahasa yang wujud dalam sebuah negara yang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan di Malaysia. Kajian akan merujuk kepada faktor-faktor yang menyebabkan kesalahan penggunaan bahasa dari segi pertuturan dan penulisan. Hasil kajian yang dijalankan akan dapat mengetahui tentang kesalahan bahasa ketika pertuturan atau kesalahan mengeja dalam penulisan. Kesalahan ini terjadi akibat faktor dialek , pengaruh media, pengaruh bahasa lain, pencemuhan dan bahasa slanga. Selain itu, kesalahan bahasa juga boleh wujud disebabkan oleh keanekaan latar belakang, kurang pemahaman aspek tatabahasa dan faktor laras iklan.
PENGENALAN
Kesalahan bahasa merupakan kombinasi dua perkataan “kesalahan” dan “bahasa”. Kesalahan merujuk perbuatan salah atau kesilapan. Perkataan bahasa pula, bermakna sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Menurut seorang sarjana Jerman, Wilhem Von Humbodt, bahasa ialah satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh “lautform” bentuk luaran dan fikiran yang dibentuk oleh “idenform” bentuk dalaman. Hasilnya, pelbagai ragam ujaran yang tidak terbatas jumlahnya dapat diterbitkan. Sementara itu, seorang lagi sarjana linguistik Amerika, John B. Carol, mentakrifkan bahasa sebagai satu sistem berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi yang dipakai sewenang-wenangnya atau yang digunakan untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. Hasilnya, bahasa dapat dirumuskan sebagai satu struktur yang unik daripada bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya untuk digunakan oleh sesuatu masyarakat sebagai pelat berkomunikasi. Pada keseluruhannya bahasa adalah alat untuk berkomunikasi dan terdiri daripada kalimah. Bahasa mempunyai ciri unik. Antara ciri-cirinya:
a. Bahasa mempunyai bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi iaitu mulut, hidung dan paru-paru.
b. Bahasa mempunyai sistem. Bahasa mempunyai susunan bunyi, perkataan, nahu ataupun sintaksis yang tertentu.
c. Bahasa mempunyai bentuk tertentu seperti ayat, rangkai kata, perkataan,imbuhan dan lain-lain.
d. Bahasa mempunyai makna yang ditugaskan untuk menyatakan sesuatu.
e. Bahasa itu berubah.
f. Bahasa arbitrari yang mempunyai hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda yang dimaksudkan.
g. Bahasa itu linear.
George (1973), berpendapat bahawa kesalahan bahasa ialah “….an unwanted form which a particular course designer or teacher does not want”. Menurutnya kesalahan bahasa adalah mengikut pertimbangan cita rasa seseorang guru. Penggunaan bahasa tidak formal dalam penggunaan formal mengakibatkan kesalahan bahasa. Kesalahan bahasa bererti kesilapan yang berlaku sama ada melalui pertuturan atau tulisan. Nak Safiah Karim (1980:10) berpendapat, kesalahan bahasa bererti penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Nik Safiah Karim dalam Dewan Bahasa, turut menyatakan terdapat tiga peranan utama yang dimainkan oleh bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan yang berjaya direalisasikan dengan beberapa dasar yang digubal oleh kerajaan. Begitu juga sebagai bahasa ilmu yang mampu bersaing dengan bahasa Inggeris. Namun fungsinya sebagai bahasa perhubungan dengan penggunaan bahasa rojak (salah satu kesilapan bahasa) mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu. Selain itu banyak kesalahan bahasa juga wujud kerana kurangnya pengetahuan tentang bahasa Melayu dan pengaruh bahasa kaum lain di Malaysia. Budaya merujuk kepada peraturan yang dikongsi bersama. Budaya Melayu adalah satu set nilai, kepercayaan dan sikap yang dikongsi bersama oleh kebanyakan ahli bangsa Malaysia. Budaya Melayu mempengaruhi banyak aspek kehidupan bangsa Malaysia. Perkongsian paling nyata adalah penggunaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan aset penting bagi memupuk kesatuan dalam konteks masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Bahasa penting dalam menghapuskan polarisasi etnik dengan memupuk penyatuan menyeluruh dengan nilai persefahaman yang dipersetujui bersama. Oleh itu, bahasa Melayu merupakan platform dalam memupuk agenda ini dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia meskipun wujud sifat kepelbagaian budaya dan kaum. Seirama dengan pemakaiannya yang semakin meluas, kesalahan-kesalahan penggunaan bahasa oleh bangsa Malaysia merupakan fakta yang menonjol. Kesilapan yang dianggap pencemaran bahasa akan serta-merta mengingatkan semua pihak kepada pencemaran udara dan alam sekitar yang menjadi fenomena zaman moden yang menakutkan. Bangsa Malaysia terdiri daripada berbilang kaum yang masing-masing mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Rakyat berbilang kaum ini telah mengalami sistem persekolahan dan bahasa penghantar yang berlainan. Dialek daerah berlainan di Malaysia juga memerlukan proses standardisasi kerana turut menjadi punca kesilapan penggunaan bahasa. Sejauh mana kita bergerak ke arah Negara cemerlang, gemilang dan terbilang, harus ada usaha supaya bahasa Melayu kekal berdaulat sebagai bahasa yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi tetapi entitinya harus ada supaya bahasa Melayu terus bersaing dan disegani di mata masyarakat dunia.
Kesalahan Bahasa Secara Umum
Bahasa Melayu atau disebut bahasa Malaysia di dalam buku Pendidikan Negara Bangsa Malaysia oleh Ishak Saat dinyatakan sebagai bahasa penyatuan. “Bahasa jiwa Bangsa” berperanan penting membentuk jati diri dan identiti sesebuah bangsa. Bangsa yang dimaksudkan adalah bangsa Malaysia. Usaha memartabatkan bahasa Melayu juga perlu diperkasa semaksimum mungkin bagi menjayakan gagasan “satu bahasa, satu bangsa, satu Malaysia”. Semua pihak daripada pucuk pimpinan sehinggalah ke akar umbi perlu menggembleng tenaga untuk menjayakan matlamat ini. Sehubungan itu kesalahan bahasa yang terjadi perlu diperbetulkan. Sejak bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi (kebangsaan) dalam perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka, dengan sendirinya bahasa Melayu menjadi milik orang Melayu, orang Cina, orang India dan semua penduduk warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Maka, untuk berkomunikasi dengan berkesan, kita perlu memilih bahasa yang diketahui oleh semua pihak. Kesalahan sering timbul ketika komunikasi berlangsung antara bangsa yang berlainan. Yang pertama kesalahan penggunaan kata. kesalahan penggunaan kata menimbulkan rasa kurang senang tetapi tidak menjejaskan makna kerana kebanyakan kita dapat memahami maksud yang hendak disampaikan. Kesalahan seperti ini kerap terjadi kerana kurang pemahaman tentang tatabahasa.
Contoh 1. “Baru” dengan “baharu”.
1a. Ayah baru sampai dari kampung.
1b. Baju baru yang dibelinya berwarna kuning.
Penggunaan ejaan baru dalam ayat 1a betul yang merujuk kepada masa. Tetapi baru pada ayat 1b salah kerana ayat merujuk kepada benda. Sepatutnya dieja baharu.
Contoh 2. Penggunaan “di” sebagai kata sendi dan imbuhan
2a. Buku itu disimpan di dalam almari.
2b. Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah.
2c. Sila letakkan borang di dalam kotak ini.
Kata sendi di ditulis berpisah daripada Kata Nama yang mengikutnya. Dalam hal ini. Ayat 2a betul tetapi penggunaan di dalam ayat 2b salah. Bagi ayat 2c penggunaan di dijadikan kata imbuhan dan dirapatkan adalah salah tetapi yang dikesalkan ayat 2c menjadi label yang dipaparkan di salah sebuah pejabat imigresen di negara kita. Hanya di yang berfungsi sebagai kata imbuhan perlu dirapatkan. Kedua, kesalahan frasa. Kesalahan frasa kerap berlaku kerana melanggar Hukum D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan. Contohnya Chan Restoran sepatutnya Restoran Chan. Frasa terbitan sering kedengaran menerusi radio, televisyen dan surat khabar. Contohnya Johor leads by 2-0. Ayat tersebut diterjemahkan menjadi Selangor mendahului 2-0 dan membawa maksud yang tidak jelas. Sepatutnya, pasukan Selangor mendahului pasukan lain dengan mata 2-0. Ketiga kesalahan ayat. Kesalahan ayat turut berlaku terutama ayat tergantung. Walaupun maksud yang ingin disampaikan mungkin dapat difahami tetapi ayatnya tidak lengkap.
Contoh 3. Tidak lebih dan tidak kurang.
Contoh 4. Lebih penerbangan. Lebih pilihan.
Contoh 5. Hanya satu calitan.
Contoh 6. Alimah guru.
Ayat lengkap mesti mengandungi subjek yang bersifat frasa nama dan predikat. Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Contoh 6 adalah ayat tunggal yang lengkap kerana Alimah adalah subjek dan guru adalah predikat. Ini berbeza dengan contoh ayat 3, 4 dan 5.
Kesalahan Bahasa Dalam Kalangan Masyarakat Majmuk
Corder 1973 berpendapat bahawa sebab terjadi kesalahan bahasa ialah kerana terdapat banyak peraturan yang ada pada sesuatu bahasa iaitu formal dan tidak formal. Kadang-kadang, jika tidak berhati-hati, dalam masa menggunakan bahasa formal seseorang akan terbawa-bawa dengan bentuk yang tidak formal. Penggunaan bentuk bahasa yang tidak formal adalah dianggap kesalahan bahasa. Malah sesuatu bahasa lazimnya mempunyai dialek-dialek. Penggunaan dialek adalah tidak formal. Oleh itu jika dialek dicampuradukkan dengan bahasa formal atau standard maka terjadilah kesalahan bahasa. Sharma (1981), berpendapat bahawa kesalahan bahasa dibahagikan kepada 3 kategori. Pertama kesalahan bahasa disebabkan faktor lupa, gangguan emosi, kelalaian dan kurang latihan. Kedua, kesalahan bahasa berpunca daripada kekacauan atau kekeliruan kerana wujudnya faktor-faktor kelainan bentuk dalam penggunaan sesuatu bahasa formal (bahasa persuratan, bahasa akademik dan bahasa kesusasteraan) dan tidak formal (dialek dan bahasa pasar). Ketiga kesalahan bahasa khas bagi penggunaan bahasa kedua iaitu bahasa yang dikuasai terkemudian daripada perolehan bahasa pertama iaitu bahasa ibunda. Kesalahan umum memang luas jika diperkatakan tetapi kesalahan disebabkan pengaruh masyarakat bangsa Malaysia berlaku disebabkan banyak faktor. Faktor-faktor yang mengundang kesilapan dalam penggunaan bahasa antaranya:
i. Faktor dialek
ii. Faktor pengaruh media
iii. Faktor pengaruh bahasa lain
iv. Faktor pencemuhan
v. Faktor bahasa slanga
vi. Faktor keanekaan latar belakang
vii. Faktor kurang pemahaman tatabahasa
viii. Faktor pengaruh bahasa iklan
Faktor pertama pengaruh dialek. Dialek menurut Hartmab dan Stork (1972), ialah sejenis kelainan bahasa yang berbeza daripada segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa standard. Pengaruh bahasa dialek begitu menebal mempengaruhi sistem bunyi. Bahasa dialek itu mempengaruhi penulisan terutamanya murid-murid di pantai timur. Bahasa dialek sebenarnya ialah tradisi lisan tempatan. Apabila murid-murid bertutur menggunakan bahasa dialek, maka bukan ayat lengkap yang dipertuturkan tetapi frasa dan klausa atau struktur ayat yang hanya difahami oleh penutur asal dari daerah dialek yang sama. Berikut ialah beberapa contoh ayat yang biasa digunakan oleh penutur di Terengganu.
Contoh 7. Ali menangkap ikang.
Contoh 8. Adik melukis bulang.
Contoh ayat 7 dan 8 adalah ayat lengkap tetapi penggunaan perkataan ikan dan bulan dieja mengikut sebutan dialek yang menyebabkan kesalahan ejaan.
Contoh 9. Ambo suka makan di kedai bersih. Demo lagu mano? Ayat betul: Saya suka makan di kedai bersih? Awak macam mana?
Contoh 10. Cakna pendidikan Kelantan tersohor. Di dalam Kamus Dewan perkataan cakna bermaksud ambil berat atau ambil tahu tetapi jarang digunakan dan menjadikan ayat tersebut janggal bagi masyarakat negeri lain. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi “Ibu bapa harus cakna pelajaran anak supaya Kelantan tersohor dalam bidang pendidikan”.
Contoh 11. Maghi pakat gi jale. Maksud ayat: Jom kita pergi melancong.
Contoh 12. Sudoh slaluh. Ayat tersebut bermaksud siap dengan segera.
Contoh ayat 9 hingga 12 adalah salah jika dinilai daripada sudut penggunaan perkataan yang dientrikan dalam kamus. Papan tanda dan kain rentang yang dipamerkan membuktikan bahawa bahasa dialek ini diterima pakai di negeri atau daerah tertentu. Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah kita perlu mengorbankan kedaulatan bahasa Melayu demi menaikkan taraf bahasa daerah? Umum mengetahui terdapat banyak bahasa dialek tetapi hanya bahasa Melayu Baku ditetapkan untuk dijadikan bentuk bahasa rasmi. Bahasa dialek memberi maksud berbeza yang sukar ditafsirkan.
Contoh 13. Sudah banyak kali saya bilang sama dia.
Contoh 14. Mama saya belum pulang lagi.
Contoh 15. Saya akan pulang jam tiga.
Perkataan bilang dalam ayat 13 bermaksud memberitahu. Mama dalam ayat 14 merujuk kepada ibu atau emak di sabah tetapi tidak diterima dalam bahasa Melayu kerana kata mama sebenarnya mengikut Kamus Dewan ialah bahasa percakapan bagi kata ibu. Kata jam di dalam ayat 15, merujuk Kamus Dewan edisi keempat adalah sejenis alat untuk menunjukkan waktu. Kata jam biasanya diganti dengan pukul yang lebih jelas merujuk kepada waktu. Dalam bahasa Melayu, kata jamban membawa makna tempat membuang air atau tandas tetapi dalam dialek Pahang membawa maksud tempat mandi atau basuh kain. Di Kelantan dan Terengganu dialeknya lebih sukar difahami. Contohnya kata bidas bererti memantul menurut Kamus Dewan tetapi membawa maksud lastik mengikut fahaman dialek masyarakat di negeri tersebut. Kata bahang yang bermaksud hawa panas akan berubah maksud menjadi bahagian, hal dan kepunyaan mengikut maksud dialek Perak. Rumusan daripada contoh di atas dapat disimpulkan bahawa pengguna kata dialek mendukung maksudnya sendiri yang tidak difahami oleh masyarakat luar lingkungannya dan membawa maksud berbeza daripada maksud yang terdapat di dalam Kamus Dewan. Ini menimbulkan banyak kekeliruan dan kesalahan penggunaan kata bahasa Melayu. Faktor kedua, pengaruh media. Memang tidak dapat dinafikan bahawa media elektronik seperti radio dan televisyen, memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa terutamanya kanak-kanak. Melalui radio dan televisyen, mereka mempelajari aspek bahasa seperti sebutan, perbendaharaan kata, intonasi dan sebagainya. Bunyi vokal dan konsonan dalam perkataan perlu dibunyikan dengan betul kerana jika tidak, akan timbul masalah. Di dalam bahasa Melayu banyak perkataan yang akan bertukar maksud jika salah sebutannya. Misalnya tempoh dengan tempuh, dadah dengan dada, marah dengan mara, belot dengan belut, masakan dengan masakkan, mengubah dengan menggubah atau tumbuk dengan tembok. Salah sebutan akan merubah maksud yang ingin disampaikan. Hal ini terjadi terutamanya bagi penutur bukan Melayu. Selain itu, terdapat juga kesalahan pengulangan kata jamak seperti mereka menjadi mereka-mereka atau para penulis menjadi para penulis-penulis. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh media turut menjadi ikutan khususnya bagi mereka yang tidak mendalami tatabahasa. Kadangkala pengguna bahasa Melayu, termasuk pelajar masih meyakini tatabahasa dan ejaan yang digunakan oleh media meskipun salah. Contohnya:
Contoh 16. Van yang mereka naiki telah terbabas.
Contoh 17. Alya melaporkan dari Johor.
Contoh 18. Lain-lain perkara akan dibincangkan kemudian.
Contoh 19.Usaha memperluaskan jalan sedang dijalankan.
Contoh 20. Bagaimanapun ada perkara yang tidak jelas yang mana ramai orang tidak mengetahuinya.
Bagi ayat 16 dianggap tidak menepati struktur ayat pasif kata ganti nama diri ketiga. Kesalahan di dalam ayat 17, Kata kerja transitif hendaklah diikuti oleh objek. Bagi ayat 18 berlaku kesalahan hukum D-M. Bagi ayat 19, berlaku kesalahan kerana penggunaan apitan memper….. kan pada kata adjektif. Ayat 20 yang tertulis pada akhbar Harian Metro 23 Januari , yang mana adalah terjemahan terus which dalam bahasa Inggeris. Pihak media massa sepatutnya lebih prihatin mengelak daripada melakukan kesalahan bahasa. Media perlu memainkan peranan mengetengahkan sesuatu kosa kata baharu dan menggunakan ayat yang betul untuk dimanfaatkan oleh pengguna. Faktor ketiga, pengaruh bahasa lain. Kesalahan bahasa turut berpunca daripada pengaruh bahasa Inggeris. Hal ini berlaku kerana sesetengah anggota masyarakat yang menguasai bahasa Inggeris kadangkala cenderung untuk menggunakan bahasa Melayu menurut peraturan bahasa Inggeris. Sebagai contoh penggunaan di mana (where) dan yang mana (which) sebagai kata hubung dalam ayat begitu meluas seolah-olah diterima dalam bahasa Melayu. Malah golongan intelektual dan individu yang dianggap berpengetahuan dalam bahasa Melayu turut mengamalkan kesalahan tersebut. Demikian juga penggunaan frasa yang tidak mematuhi hukum D-M, misalnya lain-lain hal dan mini maraton. Pengaruh bahasa Inggeris juga sering dicampur aduk dalam bahasa Melayu sedangkan istilah tersebut telah sedia ada dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, ori (asli atau tulen), live (langsung atau terus), breakfast (sarapan), lunch (makan tengah hari) dan dinner (makan malam). Kita bangga jika bangsa Malaysia boleh berbahasa Inggeris tetapi janganlah menggunakan bahasa rojak sesuka hati yang merosakkan imej bahasa kebangsaan. Sesetengah orang pula sukar menyebut sesuatu perkataan berdasarkan sebutan yang diseragamkan, terutamanya bagi perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, masih banyak orang menyebut perkataan tertentu seperti sebutan Inggeris walaupun dieja dalam bahasa Melayu. Misalnya, struktur (structure), aktif (active),dan psikologi (psychology). Amalan demikian akan menjadi ikutan generasi baharu. Kesalahan ejaan pasti berlaku jika salah sebutan. Misalnya, agenda dieja ajenda, unit dieja yunit dan teknologi dieja teknoloji. Penguasaan bahasa Inggeris memang perlu dalam era globalisasi. Namun mengagung-agungkan bahasa Inggeris akan menyukarkan usaha untuk mengatasi masalah kesalahan bahasa yang kerap berlaku. Penggunaan bahasa campuran atau rojak dalam pelbagai situasi termasuklah situasi rasmi menyebabkan kekeliruan. Selain pengaruh bahasa Inggeris, kesalahan bahasa juga sering berlaku akibat pengaruh bahasa Cina dan India. Antara ayat yang sering kita dengar seperti:
Contoh 21. Jangan takut menderma dara (darah).
Contoh 22. Ramai pelajar sekarang yang ditangkap menghisap dada (dadah).
Contoh 23. Jangan mara-mara (marah-marah), nanti cepat tua.
Contoh 24. Saya mahu membeli telo (telur).
Penggunaan kata lain seperti senarai disebut senarai, cendekiawan disebut can-dia-kawan dan pengarah disebut pen-ga-rah. Pada kain rentang dan papan tanda gambar 2,4 dan 5 terdapat kesilapan ejaan seperti salapan (sarapan), negera (nagara) dan memjual (menjual). Kesalahan ejaan sebegini kerap berlaku kerana dieja mengikut bahasa Cina. Campur aduk penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu juga dapat dilihat. Contohnya bagi perkataan tingkat 2 dan floor 2, plumber paip air & tandas dan lori sewa 24 hour dalam gambar 1, 3 dan 6. Faktor keempat, pencemuhan. Pencemuhan menggunakan bahasa kasar dan lucah semakin mendapat tempat terutama dalam kalangan muda-mudi tanpa mengira kaum. Penggunaan bahasa ini sering kedengaran melalui lagu terutama muzik rap. Lagu adalah cabang seni. Penggunaan perkataan lucah bukan sahaja mencemarkan bahasa dan bangsa Melayu tetapi membunuh nilai seni budaya. Apabila berlaku perkara yang tidak diingini, luahan nama Allah sering kedengaran. Bahasa kesat biasanya digunakan untuk meluahkan emosi berang atau ingin bergurau. Kehalusan budaya bangsa akan lenyap jika budaya seperti ini yang dijunjung. Kesedaran terhadap hala tuju bahasa amat penting dan kehadiran unsur tertentu perlu dihindari demi memartabatkan bahasa dan mempertahankan tamadun budaya bangsa Malaysia. Faktor kelima, bahasa slanga. Bahasa slanga adalah kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan cepat berubah. Misalnya bahasa pelajar di universiti dan golongan muda mempunyai slanga tersendiri semasa bertutur dan ada kalanya kita sebagai golongan dewasa tidak memahami apa-apa yang diperkatakan oleh mereka. Penggunaan bahasa slanga atau frasa seperti very fantastic di saluran Astro, jika dibiarkan tanpa teguran akan menjadi sebati dengan bahasa Melayu. Ini akan mengancam bahasa kerana bermula dengan perkataan slanga lama kelamaan diterima oleh semua masyarakat. Contoh lain perkataan gay, sekitar 1960-an digunakan tanpa sebarang masalah. Namun begitu sekarang perkataan itu akan membawa erti yang agak negatif iaitu orang yang homoseksual. Sistem pesanan ringkas (SMS) yang banyak meringkaskan perkataan hakikatnya merosakkan bahasa jika tidak dipantau penggunaannya dan dipraktikkan dalam situasi formal. Perkataan yang digunakan juga sama seperti bahasa slanga yang sering berubah mengikut peredaran zaman. Dahulu kita menggunakan perkataan kekasih, kini pelbagai perkataan baharu digunakan seperti makwe, cewek dan awek. Namun maksudnya masih sama. Ko pula digunakan untuk awak dan gua untuk saya.. Faktor keenam keanekaan latar belakang. Keanekaan latar belakang ialah warisan kita yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan. Ini merupakan keunikan bangsa Malaysia tetapi jika dilihat dari satu sudut yang lain, hal tersebut merupakan masalah dan cabaran untuk memastikan semua bangsa dapat menguasai dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dengan betul. Di peringkat awal iaitu melalui pembelajaran di sekolah dapat dikesan kesalahan berlaku dalam semua bidang kemahiran bahasa dan aspek bahasa. Gangguan bahasa ibunda berlaku kerana penggunaan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Jawa, bahasa Inggeris dan lain-lain sejak kecil. Gangguan sistem bunyi bahasa ibunda mereka boleh menyebabkan kesukaran dalam aspek sebutan dan intonasi bahasa Melayu yang dipelajari sebagai bahasa kedua. Masalah ini pernah dibicarakan oleh Jack C Richards (1980) sebagai “masalah antara bahasa” atau interlanguage problems. Bagi kaum Cina, masalah sebutan dan intonasi berlaku apabila bertutur dalam bahasa Melayu. Masalah ini boleh didengar di kelas, kedai, di pasar atau 288 melalui media elektronik seperti radio atau televisyen. Yang berikut adalah sebahagian contoh kesalahan sebutan yang kerap dilakukan oleh penutur Cina.
BIL PERKATAAN BAHASA MELAYU SEBUTAN SALAH
1. Banyak Manyak
2. Cakap Ciakap
3. Dahulu Lulu
4. Duit Luit
5. Dengan Degan
6. Lebih Lebeh
7. Sudah Suda
8. Semua Suma
9. Sedang Sidang
10. Zaman J aman
Kesalahan penutur kaum India akibat pengaruh bahasa ibunda agak berbeza dengan kaum Cina. Contoh-contoh di bawah adalah antara kesalahan sebutan yang biasa dituturkan oleh bangsa Malaysia berketurunan Cina dan India. Namun tidak dinafikan, sistem pendidikan mampu mengubah fenomena ini dan ramai di kalangan bangsa lain di negara ini mampu bertutur bahasa Melayu dengan lancar dan betul.
BIL PERKATAAN BAHASA MELAYU SEBUTAN SALAH
1. Apa Appa
2. Boleh Bole
3. Darah Dara
4. Enam Annam
5. Getah Keta 6
. Hisap Isap
7. Murah Mura
8. Puluh Pulu
9. Pergi Pigi
10. Sendiri Sindri
Selain aspek sebutan, aspek intonasi juga merupakan masalah kerana dilagukan mengikut intonasi bahasa ibunda Cina dan India. D.A.Wilkins (1981:24) menegaskan bahawa: Peranan guru amat penting sebagai ejen pengajar yang paling berpengaruh dan merupakan model atau sumber teladan yang akan ditiru oleh murid-murid. Guru bahasa Melayu terutamanya tidak boleh bersikap seperti ketam dan menyuruh murid-muridnya berjalan betul, sedangkan guru sendiri berjalan senget. Sekiranya guru bahasa Melayu sendiri menghadapi masalah ketika bertutur atau mengajar, mereka perlu mengatasinya dengan segera. Faktor ketujuh, kurang pengetahuan bahasa Melayu. Faktor ini jika dinilai terjadi kepada semua bangsa Malaysia. Kurangnya pemahaman bahasa Melayu menyebabkan banyak kesalahan bahasa yang dilakukan. Salah satu kesalahan yang berlaku adalah penggunaan kata tunjuk itu dan ini. Menurut Prof. Slametmuljana, dalam percakapan bahasa yang kurang teratur, kata tunjuk ditempatkan di depan kata yang ditunjuk seperti:
Contoh 25. Ini kereta Honda City.
Contoh 26. Itu hari saya sudah pulang ke kampung.
Penggunaan kata tunjuk seperti contoh ayat 25 dan 26 adalah seperti ayat berunsur bahasa basahan dan kolokial. Dalam aspek penulisan, amalan kelewahan amat jelas. “Leweh” menurut Kamus Dewan 2004 bermakna terlalu banyak hingga berlimpah-limpah. Dalam konteks bahasa, amalan kelewahan dapat diertikan sebagai penggunaan kata, frasa ataupun ungkapan secara berlebihan dalam penulisan dan jika digunakan tidak menambah maksud, malah merosakkan kelancaran dan kepersisan sesuatu ayat. Selain itu. penggunaannya tidak pula menjadikan bahasa itu indah ataupun melancarkan proses komunikasi. Kelewahan juga terjadi kerana pengguna bahasa tidak tahu atau tidak berfikir dahulu ketika hendak menggunakan bahasa.
Contoh 27. Hadiah percuma itu diberi kepada semua peserta.
Contoh 28. Nelayan yang menangkap ikan telah ditangkap kerana memasuki perairan negara jiran.
Penggunaan kata hadiah tidak perlu diikuti dengan kata percuma kerana sesuatu hadiah adalah percuma. Dalam ayat 28 pula, penggunaan kata nelayan cukup menjelaskan tugas menangkap ikan. Jadi ungkapan yang menangkap ikan tidak diperlukan dan dianggap kelewahan dan mubazir. Contoh lain penggunaan frasa pada masa ini (kini), penghuni yang tinggal di (penghuni) dan sekolah tempat kami belajar (sekolah kami). Frasa yang ditulis panjang hanya perlu ditulis seperti di dalam kurungan supaya menjadi ayat yang tepat. Dalam hal kelewahan, Yeop Johari Yaakob (1987) menggolongkan ulangan kata sebelum penanda jamak sebagai amalan mubazir. Umpamanya, semua pegawai-pegawai, sebilangan besar kakitangan-kakitangan kerajaan dan pokok-pokok itu tinggi-tinggi belaka, ditakrifkan sebagai mubazir. Amalan ini dikelaskan sebagai kesalahan bahasa yang harus diberhentikan oleh pengguna bahasa Melayu demi kebakuan dan ketulenan bahasa Melayu. Selain itu kelewahan lain seperti menjamakkan kata bilangan seperti banyak kereta-kereta sepatutnya banyak kereta atau kereta-kereta. Kelewahan imbuhan adjektif memper….. –kan dan diper ….;kan berlaku kerana kecenderungan untuk menggandingkan kedua-dua imbuhan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif seperti memperkemaskan sepatutnya memperkemas atau mengemaskan dan dipertingkatkan sepatutnya dipertingkatkan atau ditingkatkan. Kelewahan apitan memper….-i, mengikut Tatabahasa Dewan edisi baharu hanya ada empat bentuk sahaja yang wajar iaitu memperingati, memperkawani, memperisteri dan mempersuami. Bentuk memperisteri dan mempersuami sebenarnya mengalami pengguguran i kerana sebenarnya berbentuk memperisterii dan mempersuamii. Faktor usia juga menjadi salah satu sebab berlakunya kesalahan bahasa. Kurangnya pemahaman yang sudah menjadi kebiasaan menyebabkan golongan ini kekok mengubah sesuatu yang telah sebati. Komunikasi mereka terganggu sekiranya mencuba untuk menggunakan bahasa baharu yang betul tetapi dianggap asing. Masalahnya, kesalahan bahasa yang digunakan ini akan menjadi ikutan orang lain yang mendengarnya. Kesalahan bahasa yang agak luas penggunaannya akan berterusan. Malah sesetengah pelajar menyedari kesalahan tersebut, tetapi masih melakukannya kerana terpengaruh oleh penggunaan bentuk lazim orang tua mereka. Antara contoh kesalahan bahasa termasuklah yang berikut:
i. Ramai murid-murid sekolah……………
ii. Semua pekerja-pekerja kilang……………..
iii. Di saat-saat akhir ………….
iv. Kedua ibu bapa……………..
v. Demi untuk negara……………..
vi. Senarai nama-nama calon
vii. …………….……dari masa ke semasa……………..
vii …..adalah merupakan…………….
Semua pihak tidak menyangkal kepentingan tatabahasa dan sistem ejaan sesuatu bahasa, tetapi penguasaan bahasa Melayu di negara ini masih kurang memuaskan. Jika dilihat dengan teliti aspek tatabahasa bahasa Melayu memang sukar dikuasai dan perlu dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Faktor kelapan, laras iklan. Iklan berfungsi untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Penguasaan bahasa merupakan komponen penting dalam sesebuah iklan kerana tanpa bahasa sesebuah iklan tidak mungkin terhasil. Penggunaan bahasa dalam iklan memberi pengaruh yang besar kepada pengguna dan sebagai pengguna kita sepatutnya berupaya memahami tugas penulis iklan di ruangan sempit. Contohnya slogan “ sehingga menjilat jari”. Umum mengetahui slogan tersebut digunakan oleh ‘Kentucky Fried Chicken” sebagai usaha melariskan jualan. Penghargaan seharusnya diberi kepada penulis yang kreatif dan berusaha menggunakan bahasa Melayu. Gaya penulisan iklan menitikberatkan bahasa yang betul dan gramatis. Namun ramai penulis yang gagal memastikan ayat yang ditulis betul tatabahasanya. Salah guna bahasa iklan berlaku kononnya untuk menyesuaikan bahasa yang digunakan masyarakat semasa bertutur iaitu mengikut kesesuaian taburan demografinya. Contohnya menyerapkan bahasa slanga golongan remaja dalam iklan. Bahasa Melayu standard dan formal dianggap kaku dan ini berbeza dengan kehendak DBP. Iklan bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan ayat yang tergantung dalam iklan hanyalah taktik untuk menarik perhatian masyarakat. DBP sepatutnya dapat bekerjasama dengan pihak pengiklanan untuk memastikan bukan sahaja keuntungan yang terhasil tetapi juga dapat memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang pengiklanan.
Cara Mengatasi Masalah Kesalahan Bahasa
Dalam usaha mempercepat penguasaan bahasa Melayu di kalangan bangsa Malaysia, Kementerian Pelajaran harus melentur buluh dari rebungnya dengan memperkasakan sekolah kebangsaan di negara ini. Cara ini dapat menggalakkan ibu bapa agar menghantar anak masing-masing ke sekolah kebangsaan untuk memantapkan penguasaan bahasa dan seterusnya mewujudkan integrasi antara murid daripada pelbagai kaum. Di dalam dunia pekerjaan dan dunia sosial, kemahiran berbahasa menentukan kejayaan seseorang. Sekeping ijazah tidak bernilai tanpa kecekapan berbahasa. Profesion perguruan berperanan mengajar bahasa khususnya aspek sebutan dan ejaan yang saling berkait dengan betul. Aspek kesantunan berbahasa harus diterapkan. Amalan dan nilai budi bahasa perlu dikekalkan walaupun terdapat pengaruh barat.
Yang merah itu saga,
Yang kurik itu kendi;
Yang indah itu bahasa,
Yang elok itu budi
Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa.
Corak pembelajaran ilmu sebagai proses menghafal untuk mengambil peperiksaan perlu diubah. Sebaliknya dilaksanakan sebagai proses memahami apa yang dipelajari. Seseorang yang faham dalam bahasa akan dapat menggunakan bahasa dengan baik, tersusun dan lengkap. Pelajar khususnya diberi peluang mengungkap ilmu yang diterima dan menggunakan bahasa sebagai saluran pernyataan buah fikiran dan ilmu pengetahuan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak media massa dan dunia pengiklanan harus lebih prihatin dan memberi penekanan kepada penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pakar-pakar sosiobudaya pula perlu membuat kajian menstandardisasikan aspek budaya selaras dengan perkembangan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sekarang. Ungkapan “bahasa jiwa bangsa” dan “bahasa menunjukkan bangsa”, menunjukkan hubungan erat di antara bahasa dengan kebudayaan dan tingkah laku bangsa Malaysia. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu tidak perlu diragui. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis Nasional pada bila-bila masa pasti boleh diminta pandangan tentang sesuatu isu bahasa. GAPENA pernah mengeluarkan penyataan cadangan agar bahasa Melayu wajib diambil oleh pelajar sebagai syarat memasuki institusi pengajian tinggi awam. Sebagaimana syarat yang ditetapkan untuk bahasa Inggeris melalui Malaysian University English Test. Sebagai rakyat, kita seharusnya menyokong usaha pejuang bahasa untuk mempertahankan kedaulatan bahasa. Kesalahan bahasa dapat dikurangkan dan dihapuskan jika mendapat kerjasama semua pihak. Perancang bahasa perlu memperbaiki atau merancang unsur-unsur bahasa untuk meningkatkan keefisienan, mengurangkan sebarang perbezaan yang menghalang fungsi bahasa sebagai bahasa kebangsaan . Sistem ejaan perlu diperbaiki dan menstandardkan sebutan kata-kata pinjaman. Proses penciptaan istilah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka harus diteruskan untuk membolehkan pengungkapan konsep-konsep teknikal dan sains dilakukan. Usaha DBP amat jelas dengan penghasilan buku panduan tatabahasa seperti buku Tatabahasa Dewan. Penghasilan buku ini diharap dapat membantu memperbaiki penggunaan tatabahasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. DBP juga melakukan penyelaras bentuk ejaan melalui sidang yang dianggotai oleh negara seperti Indonesia dan Brunei. Kesalahan penggunaan bahasa sebenarnya hanya akan selesai jika masyarakat dapat menerima hakikat bahasa Melayu adalah bahasa Malaysia iaitu bahasa kepunyaan semua warganegara yang menjadi cerminan bangsa Malaysia. Tanpa keinginan dan kesungguhan yang luhur selari dengan dasar perlembagaan segala usaha tidak akan berhasil.
KESIMPULAN
Hasil perbincangan dapat dirumuskan bahawa kesalahan bahasa di kalangan bangsa Malaysia memang tidak dapat disangkal. Semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama harus menerima hakikat kesilapan bahasa berlaku kerana kesilapan bangsa Malaysia sendiri yang kurang menghargai dan menghayati konsep satu bangsa satu bahasa. Kesalahan bahasa tidak sepatutnya berlaku kerana bahasa Melayu telah dimartabatkan sebagai bahasa Kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968, Akta Pelajaran 1961 dan 1996. Semua bangsa Malaysia sepatutnya perlu mempelajari, menguasai dan menggunakan bahasa Melayu dengan lancar dan betul jika mereka benar-benar bangsa Malaysia. Langkah kerajaan mendaulatkan bahasa Melayu diharap dapat memastikan bahasa Melayu digunakan secara meluas oleh bangsa Malaysiaseterusnya dapat mengurangkan kesalahan bahasa dalam pertuturan dan penulisan. Antara langkah yang diambil termasuklah:
I. Mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam segala bentuk urusan rasmi.
II. Mewajibkan bahasa Melayu dijadikan bahasa Penghantar di semua sekolah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi awam.
III. Menyeru pihak swasta menggunakan bahasa Melayu sewaktu berurusan dengan pelanggan. Selain itu, sebarang borang bahasa Inggeris disertakan terjemahan bahasa Melayu.
IV. Iklan perniagaan mesti menggunakan bahasa kebangsaan.
V. Para pemimpin kerajaan pelbagai kaum diwajibkan menyampaikan ucapan dalam bahasa Kebangsaan dalam majlis yang melibatkan warga tempatan.
Kegemilangan bahasa Melayu mesti dikembalikan seperti kedudukan bahasa Melayu zaman lampau, seperti yang pernah diterangkan oleh William Marsdern. Menurutnya, “bahasa Melayu yang dianggap berasal dari semenanjung Tanah Melayu telah berkembang melalui kepulauan-kepulauan timur dan menjadi lingua franca di dunia bahagian tersebut, dituturkan di mana-mana di sepanjang pantai Sumatera dan digunakan tanpa campuran apa-apa di negara kepulauan Minangkabau dan tanah jajahannya dan difahami ke setiap bahagian pulau”. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk hanya dapat disatukan melalui bahasa. Hasrat ini tercatat dalam Perlembagaan. Yang menjadi penghalang dan menimbulkan masalah kesalahan penggunaan bahasa hanyalah sikap masyarakat yang mengetepikan bahasa Melayu. Segala usaha telah dilakukan untuk mengurangkan kesalahan penggunaan bahasa. Faktor yang menjadi penyebab kesalahan bahasa seperti faktor dialek, faktor media, faktor bahasa slanga dan faktor kurang pemahaman dapat diatasi jika seseorang itu berusaha untuk mengubahnya. Langkah mengatasi masalah kesalahan bahasa hanya dendangan kosong jika bangsa Malaysia tidak mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa sendiri. Malah usaha mengangkat bahasa Melayu melalui Hari Pejuang Bahasa disambut julung-julung kalinya pada 15 Februari 2010 bertukar menjadi medan melontarkan kritikan pedas kepada golongan yang menganggap bahasa Melayu adalah bahasa kolot yang menyekat pembangunan. Kritikan daripada ahli panel seperti Datuk Dr Hassan Ahmad, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di Dewan Bahasa dan Pustaka membuktikan ramai bangsa Malaysia tidak menghargai bahasa sendiri iaitu bahasa Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


